Makluman Terkini Siaran Media Infografik Hubungi Kami

Makluman

Terkini

Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia

Tempoh Permohonan


Tempoh Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) mulai 19 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022.

Permohonan boleh dibuat secara:


Dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my)
     Klik menu Permohonan atau Mohon Disini; atau

Secara Manual (Borang Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia) Muat Turun Disini di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Cawangan LHDNM yang berdekatan.

Pembayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)


Pengkreditan ke akaun bank secara berperingkat

     Kelompok Pertama: Mulai 28 Februari 2022.
     Kelompok Kedua (Terakhir): Mulai 27 April 2022 .

Pembayaran dibuat kepada akaun bank penerima yang wujud dalam pangkalan data LHDNM


Penunaian secara tunai jika tiada akaun bank:

     Kelompok Pertama: Mulai 2 Mac 2022.
     Kelompok Kedua (Terakhir): Mulai 27 April 2022 .

Tarikh akhir penunaian di BSN jika tiada akaun adalah sehingga 30 Jun 2022.

Pemakluman kepada penerima yang berstatus Lulus BAKM akan dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam borang permohonan.


Semakan kelayakan adalah secara berperingkat dan keputusan adalah muktamad.


Untuk semakan lanjut berkenaan kelulusan, boleh hubungi Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747 atau
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM atau
Hotline BKK MoF . 03-8882 4565 /
03-8882 4566

Syarat

Kelayakan Permohonan

PEMOHON

Warganegara Malaysia.

Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan.

Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam.

AHLI ISI RUMAH (AIR)

Terhad kepada hubungan Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu.

SYARAT TUNTUTAN

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.

Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.

Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak / musnah akibat banjir.

Siaran

Media

18 Januari 2022


PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN BANTUAN AUTOMOTIF KELUARGA MALAYSIA MELALUI BENGKEL TIDAK BERDAFTAR.
Selanjutnya

Hubungi

Kami

Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) LHDNM:

1-800-88-2747

Hotline MOF:

03-8882 4565 / 03-8882 4566